Thursday, November 20, 2014

Kenapa dah takde mood nak berblog sekarang?

Assalamualaikum. Hai.

Lama sangat tak buka blog sekarang. Default picture pun gambar lama. tak tukar tukar. Dengan shawl hitam bersilang berlilit atas kepala, dengan pipi besarnya. Eh kelakor lah. Aku ke tu?? haha. Malas nak tukar default picture. Nak biar macam tu je sebab macam kenangan masa aktif blog dolu dolu la konon. Cey hek eleh sangat. Tapi sekarang takdanya der nak bersilang bagai. Lilit pun ala kadar je. Janji kemas. Apa omputeh kata tu, "Less is More"? Ha gitulah konsepnya.

Eh masih tak menjawab soalan dekat tajuk entry ni kan? Kenapa takde mood nak berblog?? Hmm mungkin sebab masalah diri yang malas plusssss line dalam rumah aku ni weng sikit (alasan). Eh bukan sikit tapi banyak! (alasan lagi) Masalahnya dalam rumah je yang macam ni. Keluar tiga pat tapak dari rumah terus line okay. Takkan aku nak bawa laptop duduk tepi longkang untuk update blog semata. Tak koser lah aku. (alasan lagi dan lagi. hahaha) Ni pun kebetulan line celcom kasi chance, tiba tiba laju. Dapat juga update.

Hmm dan ni serba sedikit pasal aku. Sekarang aku masih lagi di Uitm Kota Samarahan, Sarawak. Kalau diizinkan Tuhan, sem depan sem akhir aku. Praktikal kat Sarawak ni ha. Company apa itu belum pasti lagi tapi yang pasti memang menetap kat negeri orang lagilah. Tak dapat praktikal dekat negeri sendiri pun. Tapi takpe, masa ni lah kita nak berjalan dan tengok tempat orang.  Nanti nanti entah bila pulak aku nak datang Sarawak. Yedak Jemah? Daaan aku dah pindah, tak duduk rumah lama. Jauh sikit dengan kawan kawan sekolah dulu. Tapi dalam daerah yang sama. hee. Ahh how i miss them! Lama sangat rasanya tak jumpa. Balik cuti mid term+Raya Haji itu hari tak dapat jumpa lepak ber-abc ber-laicikang sama sama. Nantilah. Balik sem break bulan January baru dapat jumpa gamaknya. In sya Allah. And I can truly say that I'm happy with my life now.

Dah. Tu je la kot. Takde apa yang menarik sangat pun. Penulisan pun semakin membosankan sebab lama tak menaip. Idea nak menyembang, berborak pun dah kurang. Skill nak perasan lebih lebih pun dah takde. Mungkin ni faktor hormon kot. TIBA TIBA!! sangat takde kena mengena hokei.

K. Aku belanja gambar satu. Kot dah lama tak nampak ke kan. Cececehh! poyo nak mampui.
Ni raya keberapa tah. Beraya rumah kawan lama (Liyana). Kenal dia dari sekolah rendah lagi but she is not in this picture tapi ayahnya ada lah. Tu yang jersi hitam oren. Yang lain tu semua kawan sekolah.


Anything I will update on MY TWITTER and MY INSTAGRAM sebab blog jarang sangat buka. PEACE!


XOXO Leena

Tuesday, September 10, 2013

Semasa Raya.

Dan tibalah 1 Syawal. Beraya kat rumah je. Makan sedap. Mak masak nasi beriyani, rendang, lemang ketupat nasi impit dan sebagainya. Kata raya, haruslah makanan banyak. Lepas habis aktiviti kat rumah, barulah kami balik kampung. hangkutlah segala mak nenek lauk yang mak buat tu. Satu hal pulak nak mengemas, mencuci pinggan mangkuk. Nasib ada pembantu, senang sikit koroje. Pembantunya adalah orang yang paling malas buat koroje dalam rumah ni, adik aku. kahkahkah. Rasain lu. Yang perempuan dah gojes-gojes takkan nak mencuci pulak. Mengemas je la. 

Ok, sebelum bergerak ke rumah andong, kami bergambar dulu.
Tapiii nak bagi gambar berceritalah, boleh?
*Boleh* Oh terima kasih! -.-
Eh tetiba senteng seluar ayah. Laka laka je.
Sebelah kiri dan kanan ayah tu abang ipar aku.
Tahun ni abang ngah tak balik raya Pahang.

Terimalah anak-anak dara Pakcik Amir.
cewah! anak dara la sangat. 
Kita je anak dara tau. Yang lain mak dara. kikiki




Dah sampai rumah andong, cemni la gayanya. Riuh rendah pastu duk berbincang nak pergi beraya kat
rumah sapa dulu.



aicehcehceh..

The pirana's


Di waktu malam. makan sambil tengok tv.

Tidur lambak namanya. 
Sebelum tidur main teka teki dulu.

Ni dah tutup satu lampu. Satu dah tumbang. yang lain mengadap tv lagi.


Ok tu je kot raya pertama aku.
Bye,
XOXO Leena.

Sebelum Raya

Orang lain dah lama cerita pasal puasa, raya dorang tapi aku baru je nak cerita ni ha. Takpe kan kan? Tapiiii aku nak cerita pasal sebelum raya dulu. Lama dah aku peram gambar dan cerita ni. haih!

Itu hari aku dapat green light dari ayah untuk berbuka puasa dengan kawan-kawan sekolah kat luar. Rasa macam terkejut gila bila ayah cakap boleh pergi. Padahal saje je tanya sebab dah tahu jawapan dia mesti negatif punyalah. tapi tetiba je positif. Memang suka bebenor la aku. Yela, dah lama gila kot aku tak jumpa kawan sekolah. Mereka sesama mereka tu selalu la jugak jumpa, aku ni je ha yg mereka susah nau nak jumpa. Ayah sangat menjaga terhadap anak-anak daranya ya. lagi-lagi aku, kaki jalan. Tak reti duduk diam. Harap maklum. kehkeh.

Dan mereka telah planned nak berbuka kat padang MPK tu ha tapi tak jadi. Aku memang prefer berbuka kat kedai makan dari padang. Sebab tak selesa satu, pastu kena bawa air basuh tangan sendiri apa semua. Tak berkenanlah macam tu. Kalau aku senang keluar, selalu lepak ngan dorang, takpe jugak. Ni aku ada beberapa jam je nak lepak, nak gila-gila semua dengan dorang. Better makan sedap sikit kan. So pergilah kami ke sebuah restoran. Apa entah nama restoran tu. Wwwf Restoran kot. Entah berapa banyak W dia ada. Tak hengat! Sorry. Maka kami berbuka puasa disitu. Sedap! Sedap ler dah lapar ahkak ahbang oii. 


kami berkawan since kecik lagi.
Liyana (tudung biru), Lyana (tudung kuning), Lina. 3L kata ko!


 Lepas makan, solat, kami ke Teluk Chempedak. Tak tahu nak gi mana sebenarnya tapi nak lepak tapi tak nak makan sebab dah kenyang. Aku cadangkan ke TC amek angin, tengok orang kat sana. Bila dah sampai sana, lain pulak cerita dia. Ada mak cik jual bunga api. Makaaaa.. berbunga api lah kami! Seronok! Tak hirau dah apa orang nak kata janji kami gumbira. kehkeh. Dengan gigihnya nyalakan bunga api kat pantai. Faham-faham je la kalau dah kat pantai tu confirm angin kuat.











Tak ramai sangat join tapi ok la, seronok! lepas tu balik dengan hati gumbira jumpa kengkawan.

K tu je. Nanti sambung pasal raya pulak k.

XOXO Leena.

Wednesday, August 7, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak & Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

As salam. Hai. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada awok seme. Rasanya tak terlambat lagikan nak ucap tu. Alhamdulillah, dapat lagi aku berpuasa tahun ni. harap penuh la. HARAP! haha.
First time aku berpuasa diperantauan. lu memang ar nampak tak jauh mana pun tapi wa ni rasa jauh bai. *ceh tetiba cakap macam minah wempitz!
Rasa sayu kot. Tapi nak buat cemana, tanggungjawab kan. dan sempat 4 hari je puasa kat Kuching. 4 hari tu juga lah aku berbuka awal. Aku dah kenyang, kawan kawan kat semenanjung baru nak makan. mihihi. Mujur jugalah kejap je puasa kat sana. kalau tak, boleh gugur rambut aku pikir pasal nak makan apa. nampak macam perkara remeh tapi bagi aku rumit kot! For your information, dalam puasa 4 hari tu 2 kali aku berbuka dengan megi hokkeyy! Kalau sebulan aku kat sana, berapa kali pulak la aku makan megi kan. tu baru berbual pasal berbuka. kalau sahur, makan instant porridge. INSTANT=SEGERA. makan semua nak segera je. Curah air panas, tunggu 2,3 minit. siap! so dengan segeralah segala penyakit datang, rambut pun hilang. tapi Alhamdulillah aku belum tahap kronik macam tu lagi. risau juga. sigh.

Oh ya, aku dah selamat sampai Kuantan pagi tadi. Beriya bersengkang mata, semata nak tunggu flight pukul 6 pagi tadi. Sahur pun kat Mekdi airport Kuching je. Dan harini dapat berbuka dengan kesayangan dirumah. OHH! bahagianya rasa makan masakan mak setelah almost 2 months tak balik rumah. Meroyan juga lah.
Kuching-Kuala Lumpur-Kuantan adalah perjalanan aku pagi tadi. Sampai je luar rumah, dah dapat bau sesuatu yang menyelerakan. Sangat menggugat keimananku. cewah! Mak masak sup ayam kampung, special untuk aku katanya. Macheh mak. :*
Pergh perasaan masa tu rasa macam nak ambil-mangkuk-isi-sup-ayam-pastu-hirup. Tapi sesungguhnya aku sedang berpuasa.
Mata semakin layu. Ayah siap cakap lagi, "pergilah tidur sampai maghrib".  Maksudnya tidurlah puas puas. Dia tau anak dia tak cukup tidur. tengok mata je pun dah tau kan. Aku pun apa lagi cepat cepat tukar baju, buat apa yang patut, pastu krohh krohhh.
Pukul 4 dapat call dari ayah. Nak kejut aku rupanya, padahal duduk serumah. Ayah tak rajin naik atas la tu. Mujur juga ayah kejut, kalau tak, ada aku sedar lepas maghrib. mengantuk dan penat yang amat kot.

Sem break kalini lama sikit, dalam sebulan lebih. best best! dengan ada anak anak buahnya. Oh ya, sekarang aku dah dapat 2 orang anak buah. Sorang lahir awal tahun, sorang lahir tengah tahun. Dan sekarang tengah tunggu yang hujung tahun pula. Perempuan dan lelaki. bertambah meriah la raya tahun ni.! yeayy!


muka tak sabar nak balik

the clouds

tak banyak pun barang bawa balik

===============================================================================
Yang atas tu entry lama. lama dah aku taip cuma tak publish je. pasal apa entah.
tapi takpe, ni dah publish pun kan.
So esok dah raya kan. dah habis puasa pun. Macam seronok je rasa tahun ni. ada baby baru lagi. suka suka suka! ok lah, di kesempatan ni, aku nak minta maaf atas segala kekhilafan. kot ada terperli ke terkasar ke ter apa apa lah kat orang yang baca ni kan. kalau takde, Alhamdulillah. kita 0 - 0 lah ya. esok nak raya kaaann? hihi.

SELAMAT HARI RAYA 
MAAF ZAHIR DAN BATIN
dari saya dan suami. anak coming soon.



p/s: saya ada instagram dengan keek dah. do follow me. hikhik. IG: leenaamir KEEK: LinaaAmir

Till we meet again.

XOXO Leena.

Wednesday, July 31, 2013

Pwomishhh.. *gedik sangat

Assalamualaikum, hai pembaca yang sudi lagi baca blog ni.
Takde benda sangat pun, ini short entry je.
Cuma nak cakap, eh cakap ke? ni taip kan.
haa cuma nak bagitahu lah yang before raya aku akan update entry lain.
tu jeeee! boring kan?
ada rasa macam nak tikam diri sendiri tak sebab baca ni?
ngehehe. jangan jangan, dosa!
so yah, ZANJI akan update before raya! ehh! JANJI! hihi.
lebih panjang dari entry ni for sure.

k bai.


XOXO Leena.

Sunday, June 23, 2013

Sibuk.

As salam.
Ketemu lagi kita kat belog yang tak seberapa ni.
Sekarang study week.
27 Jun dah start final exam.
Habis 14 Julai.
Tak lama je lagi.
Ya Allah,
Takutnya toksah kata.
Sem ni sangat stress.
Tak pernah rasa se-stress macam ni.
Lahaaaiii..
Tak sabar betul nak habis.
Sebab....
NAK BALIK RUMAH!

Semoga dipermudahkan.

AMIN.





Ni muka takut ke sedih ke hape?


K tu je.
adios.

XOXO Leena.

Monday, May 27, 2013

My Convocation Day!

As salam, hai. sekarang aku ada kat rumah, Kuantan baybehhh! woohoo! seronok balik rumah. Aku start cuti dari 24Mei-4Jun. Perghh sungguh heaven. Heaven la kalau fikir pasal cuti tapi tak heaven pun kalau fikir pasal assignments dan test yang akan datang lepas cuti ni. bleghh! so meh la lupa kejap pasal tu. dalam entri ni takmau rasa stress. nak seronok je. boleh eh?

Actually minggu lepas, i meant 10mei-18mei hari tu aku dah balik, dapat pelepasan kelas pasal nak balik semenanjung ada konvo. lepas tu minggu ni balik lagi. seronok seronok! K selama 3 tahun aku menuntut ilmu hitam kat UiTM Jengka, Pahang, dapatlah hadiah yang sangat berharga bagi aku.

Konvo aku hari tu buat kat Shah Alam. Tahu saje lah kalau buat kat Shah Alam kompem kompem sesak. plus aku punya sesi petang. memang ketibas la cite dia. cair make up nak tunggu tu. masuk dewan memang pukul 12 setengah tapi start nya dalam pukul 2 setengah. makanya lewatlah program habis. pukul 5 jugak lah. lepas tu bersesak sesak nak keluar. tu dah amek masa dah. ada masa sejam lebih je nak bergambar. kau hengat cukup ke masa tu nak bergambar?? sangat tak cukup hokeyy! nasiblah masa mula mula sampai ayah dah suruh amek gambar kat studio dan nanti orang tu post kat rumah (tapiii sampai sekarang tak sampai lagi gambar tu kat rumah) ada jugak gambar family.

So meh lah tengok sikit gambar aku dengan classmates! tapi tak semua ada.


ececey kekonon busy lettew!
mak: orang tengah panas ni, tak kose nak bergambo.

before masuk dewan. aku dengan amiza.
Ya Ampun, ramainya orang. panas terik lagi. 
macam mana la tak ketibas (ketiak basah)
yedakk?
hihi




NI DAH KELUAR DEWAN.








Gambar gambar diatas adalah diambil oleh Din punya abang. Din tu yang rendah rendah, comel comel. (comel keeee??)
Credit to him!
Cantik sangat, aku suka sebab background tu nampak UITM.




Big boss dengan Mme duk menunggu anak dia bergambar. 
thank you Ayah, Mak! okay tak yah ucap lebih lebih kat sini.
dah cakap depan depan pun hari tu. 
biarlah rahsiaaa! ;)

So itu je lah antara gambar gambar yang aku dapat share kat engkorang.  Alhamdulillah i am a diploma holder in Office Management!

Till then.

XOXO Leena.

Saturday, April 27, 2013

Mid term break aku.

As salam dan hai. Selama seminggu mid term break aku, apa yang aku buat ialah dengan berjalan jalan di bandar Kuching dan sewaktu dengannya. mihmihmih. tak sunggup lah nak duduk rumah selama seminggu dan hadap buku. sebelum mid term tu jadual aku sangat sangat pack. dengan replacement class nya, quiz nya, test nya. ohh tidak tidak tidak. tu pasal nak berjalan sangat masa cuti ni.

Bermulalah cerita panjang lebar aku. harap tak bosan.

Itu hari wani, leha, aku, zaty dan emuff (driver kami sebab dia je tahu jalan jalan kat sini) telah pergi tengok wayang movie Long Weekend lepas tu pergi Waterfront. saje jalan jalan kat kawasan tu, usha apa ada. banyak jugak souvenir. kalau nak beli key chain ke, gelang ke, tshirt I LOVE SARAWAK ke, apa apa je lah, memang ada kat situ. sesuai sangat untuk pelancong. kami tak sempat nak naik cruise pasal sampai lewat. cruise tu sampai ptg je kot. kalau tak silap la. jadinya kami sempat naik bot penambang je untuk pergi ke kampung seberang. pergi RM1, balik RM1. kat situ ada kedai kek lapis yang sedap. tak ingat pulak namanya apa. sorry sorry. tapi memang macam macam jenis kek lapis ada. kami masuk kedai tu untuk rasa kek kek je tapi tak beli pun. haha. emuff kata boleh buat macam tu. kami ikutkan je la. Dah siap merasa kek lapis, kami round round bandar Kuching dan sewaktu dengannya. pastu balik. itu untuk hari ahad.

sila abaikan badan aku yang semakin membesar tu :'(






Untuk hari Selasa, kami telah pergi ke Taman Sahabat, 3 muzium (Seni, Semulajadi, dan apa entah satu lagi) tapi memang kawasan 3 muzium tu dekat dekat je. bagi aku best sebab macam macam benda ada dalam tu. tak boring pun. binatang yang diawetkan pun ada. tapi itu hari pergi dah lewat sangat dah. muzium tutup pukul 4:30 petang dan kami sampai pun dalam pukul 4 macam tu. so tengok sekali imbas je barang barang bersejarah yang ada. memang tak sempat nak baca asal usulnya. Kalau tak silap Muzium Semulajadi je yang  kena bayar, yang lain free je. Jemput la. =)

Pastu kami ke Pantai Damai kat Santubong. konon konon nak tengok sunset la tapi tak sempat tengok sunset kat pantai. dapat tengok kat atas jalan je sebab lambat bertolak. sampai je masing masing terus bergambar. cantik sangat langit masa tu. oren, pink, biru sikit sikit. haa. Meh la datang tengok. hihi

Dah puas ambil angin, bergambar, kami ke Masjid Besar Kuching. pun cantik jugak. Maghrib dan Isyak kat situ lepas tu pergi makan Aiskrim gulapong. gulapong tu macam gula merah tapi ni yang sarawak punya. lagi sedap. gambarnya kat bawah ya. bila masing masing dah selesa pekena aiskrim, kami balik. barulah nampak rumah, nampak tilam, nampak bantal semua.











Gambar kat atas tu semua kat Taman Sahabat.

ini depan Muzium dengan zaty.

tengok sunset dalam kereta je.







kat Pantai Damai.


ini aiskrim gulapong perisa coklat dan atas tu ada cookies hancur. gulapong yg macam oren oren sikit, kalau perasan la.
sedap.


Untuk hari Khamis, kami keluar lagi tapi lepas Asar pergi Plaza Merdeka, round round dalam tu. window shopping kata ko. pastu pergi airport amek kawan emuff namanya iki. dan kami dari semenanjung ni menggelupur nak rasa LINUT. tak tahu linut tu apa? haa linut tu sejenis sagu yang dicairkan. makanan tradisional orang Melananu.

ini la linut. semangkuk RM4. 

makan dengan sambal belacan yang cair. 

ni mek wani dan cara cara makan linut.
mula mula letak kuah tu, gulung, ngap!
rasa dia??
err bagi aku tak sedap sebab ada belacan. aku tak minat.
kalau emuff dan iki suka sebab mereka penggemar belacan.
kalau makan linut sahaja, memang takde rasa. kosong je.
makan masa panas. kalau tak linut tu keras. lagi tak sedap.

Dah sudah makan kami jalan jalan sekejap lepas tu balik.



Untuk Jumaat pulak kami keluar lepas Asar lagi. mihmihmih. pergi tengok cerita ironman 3 je kat MBO The Spring. lepas tu makan makan lepas tu balik. 

So selama 4 hari tu lah kami berjalan dan kenal tempat tempat kat Kuching dan sewaktu dengannya. (tak ingat padahal). seronok! memang tak ingat dah pasal assignment semua. esok last cuti aku. tunggu Hari Gawai pulak la cuti lama. harap dapat balik rumah masa cuti Hari Gawai nanti. nak main main dengan anak buah baru. kali ni perempuan pulak. Alhamdulillah. 

Meh la datang Sarawak. haha sempat lagi!

K bai. As salam.

XOXO Leena.