Wednesday, April 4, 2012

Kisah Toaster dan Rice Cooker.

Kehidupan sebagai student yang duduk rumah sewa no. 28, taman jengka mahkota ni memang betul-betul sengkek..dah la sumbat satu rumah tu 11 orang..sebulan per person RM140 excluded bills..aku tak paham dengan Pak Cik Zaki tu..gila duit agaknya..semoga kehidupan dimurahkan rezeki lah yeee!!(eh emo tetiba)

Satu hari tu, aku dengan Peah memang dah terlampau sengkek tapi nak hidup kat Jengka lagi dua minggu..kalau kira-kira pitis ni memang tak cukup untuk menampung kitaorang..duit dalam bank ada jugaklah seposen dua tapi kitaorang taknak usik pasal kitaorang punya sem break agak lama..so duit dlm bank tu boleh sara kitaorang masa cuti..bincang punya bincang, last last buat keputusan share duit dan beli makanan dekat U Mart (market). So belilah telur, daging burger, roti, jem, blablabla..al maklumah, orang bujang punya makanan kan..semua nak mudah dan segera je sebab tu bengap pandai..

Malam tu kitaorang kelaparan tahap gaban..then goreng la daging burger yang beli tu untuk aku.. Aku dah cakap awal-awal kat Peah, biar aku gorengkan burger untuk dia sebab nanti boleh makan sama-sama tapi dia taknak pulak..tak pe lah..dia cakap nak buat sendiri..lepas solat isyak baru dia nak masak..aku pun ok kan je lah.. Bila tiba waktu dia nak goreng tu, gas habis! yeee gas habis! Ya Tuhan, dugaan sungguh! terus terfikir macam mana dengan burger yang dalam peti tu..baru beli kot..macam mana nak masak? tak kan nak beli gas kot..lagi dua minggu je duduk kat Jengka..hoish! membazir sangat tu.. Malam tu Peah buat instant porridge je..kasihan!

Keesokan paginya kitaorang telah terfikir, apa kata kalau goreng je burger, nugget, dan telur guna TOASTER! yeeee, toaster lah..awak tak salah baca..memang toaster! biasanya orang guna untuk bakar roti kan? kali ni kitaorang guna untuk bakar benda lain..eh tak bakar mana la kan..yeah, it's a brilliant idea..! cepat-cepat keluarkan burger dan cuba untuk 'menggoreng'. tengoklah jadi ape..


Jimat gas tapi membazir elektrik
tak payah isi minyak.
terus letak daging kat situ.

terbalik kan banyak banyak kali sampai lah daging tu masak.
kalau goreng burger, korang tak payah isi minyak pasal daging tu dah banyak lemak.
masa goreng, lemak tu cair dan menghasilkan minyak.
gambar kat atas ni Peah tengah lap minyak kat dalam toaster .
yang ni nugget pulak.
menjadi tauuu..
telur pulak..tak payah terbalikkan telur tu pasal yang atas tu dah masak dah.
tadaaa! dah siap pun..cantek kan bentuk dia? :D
makan macam tu je dgn roti.. sos cili dah habis.. bapok sedih!!
eh tapi sedap jugak.
video


Lama jugak nak tunggu makanan tu masak..kena terbalikkan apa semua..-.-'

Okei, itu cerita Toaster. tapi apa-apa hal pun, perut kenyang hati gumbira! 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Malam yang seterusnya, kitaorang dah buntu tak tahu nak masak apa lagi..maggi banyak lagi tapi nak masak guna apa?? hah! RICE COOKER kan ada..pun boleh guna maa.. yang ni maybe korang pernah buat tapi bagi aku ini kali pertama..orang kampung aku cakap first time..danggg! jakun weh..!

Firstly, rebus dulu daging burger..yelah, nak menghabiskan makanan yang kitaorang belikan..macam-macam la kena buat..dah sudah rabus dan tunggu sampai menggelegak, letak maggi dah bahan-bahan lain..lepas tu siap! malam tu hati gumbira lagi sebab kenyang!haha.. tapi rasa macam pelik sikit sbb air rebusan daging tu kitaorang terus je letak maggi..sepatutnya kena buang dulu..buat yang baru pastu barulah letak maggi..disebabkan pes taaimmm, rasa macam bengap sikit bab-bab ni..


jangan tengok lama-lama..aku takut korang mati selera japgi..haha!
hah! inilah hasilnye..emm so so je laaa..
Kasihan kan..macam ni lah kehidupan setuden..kenangan kot..

Kalau korang teringin nak cuba buat mcm kami ni..silakan..kesabaran itu penting hokeyyy! ;)

Adios! 

XOXO Leena.

2 comments:

  1. goreng nugget tu ok ek? masak ek dlmnyer tu?

    ReplyDelete
  2. goreng nugget tu ok ek? masak ek dlmnyer tu?

    ReplyDelete