Thursday, June 28, 2012

Steamboat.

Kembali dengan post baru. rasa mcm free sikit ni, boleh la kot nak update lebih.
Selasa haritu ada student SKP belanja makan steamboat. oh sangat lah sedap. kitaorang makan dekat mulut Mentakab. haa korang pergi kat Mentakab tanya penduduk situ mana steamboat paling sedap. mesti dorang tunjuk tempat yg staf tu belanja. eh tapinya kat situ murah gila. boleh makan sampai senak perut dan harga sekepala hanyalah RM13. nak tau lebih-lebih sila pegi situ la ye. saje taknak cakap nama restoran tu.
Dan student tu punya birthday sebelum hari yang dia belanja tu. So bos plan nak sambut sikit la. bagi kek, tiup-tiup lilin bagai. yelah, budak tu cakap tak pernah sambut birthday pun selama dia hidup. sedih. kita bagi rasa sambutan kecil-kecilan aje lah. kira okei la tu. kan kan? singgah SR Temerloh beli brownies walnut 4 ketul pastu letak sugar doll dinasour atas tu. sesuai la dengan dia. eh mcm cute cute gitu. kahkahkah.
Aku pergi dengan bos. memang tak la aku naik kereta yg penuh dengan laki dan aku sorang femfuan. uish! jangan main gila. kalau dengan bos takpe pasal dia bawa orang rumah dia. =)

birthday boy ni. buat muka comel doh. geli!

bos yang pakai spec tu. amboi, seronok betul dia.

Makan punya makan, sedar-sedar dah pukul 11 p.m. entah pukul berapa kitaorang balik tapi sampai kolej pukul 12 a.m.
seronok betul!

p/s: rasa macam nak try makan kat Soul Garden. ihik ihik!

XOXO Leena.

Sem 6

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca. tetiba formal.

Amboih macam nak bagi ucapan pulak. berangan boleh la der.. setelah sekian lama aku tak hapdet belog, harini entah kenapa perasaan nak hapdet belog tu membuak-buak pulak. eh gedik sungguh lah. so, dalam busy buat kerja ni pun sempat lagi buka blogspot. almaklum la, bos takde harini. EHH! bos??baru sem 6 tapi dah ada bos? kerja ke hape? pasti anda tertanya-tanya bukan?sumpah poyo. =D
Untuk pelajar office management sem 6 ni memang ada praktikal. So lecturer aku telah bagi tempat yang sangat sepesel untuk aku.

Hah! sebesar-besar alam aku bagi tengok.


Terang lagi bersuluh tempat aku praktikal tu. ya! memang tak salah dah. betul la tu. Unit Pengurusan Kolej Siswa. nampaknya aku sorang je petugas femfuan dalam ofis tu. Eh takut + segan tu mesti lah tapi buat-buat cool.
Dan setakat ni bekerja kat UPK Siswa sangat best. walaupun masing-masing banyak kerja, dorang takkan diam je. mesti ada je benda nak kenakan orang. kadang-kadang dah macam pasar payang dalam ofis ni. kecoh memanjang. seronok! harap-harap macam ni selalu sampai aku habis praktikal. takde la rasa nak tidur je. ngehehe. 
Dah, tu je.bai.

XOXO Leena.

Saturday, June 9, 2012

Tamat Zaman Bujang.

Assalamualaikum dan hai!
Lama juga aku tinggal blog ni pasal balik kampung punya la lama. balik kampung pun sebab kenduri buat kat kampung. apsal kat kampung?? haa pi tanya ayah aku. Oh kenduri?? yes kenduri kahwin la. tahun lepas dia dah bertunang. so tahun ni dia melangsungkan perkahwinan dia pada 27 Mei 2012. siapa?? aku mungkin?eh memang... memang ada sangat orang nak kahwin dgn aku kan. sapa lagi kalau bukan kakak saya yg  sorang lagi tak kahwin lagi tu, ateh! dan pengapit dia mesti la adik dia ni..ihiks! :')
bagi gambar pula yg bercakap hokeh?=)

Kenduri di Kuantan.


Meeting dengan sanak saudara sebelum hari kejadian.

Big boss sedang bagi tugasan..tuddiaaa!
Main teka teki dengan budak-budak..layan je laa..
Keesokan harinya.
Bilik pengantin yg sederhana :)

Pelamin. (ye, semua orang tau lah! >.<)



Tunggu incik abg datang kewww? haha..

Amboih, sempat lagi bergosip.. kelas kau jah!



Saya jadi pengapit. sumpah kekok..grrr..


penyambut hantaran.



nampak tak beza ketinggian Abang Ayie dengan Ateh..?



Kipas kipas! jgn tak kipas!

Keluarga abang ayie.



Seronok benor dia..





nak ada warna kuning jugak. so cepat-cepat salin baju lepas jadi pengapit.
sedara mara. ni baru suku.
"YEAHH!"kata pak ndak.
mcm abang nas ahmad dlm mentor pulak.

=======================================================================================

Kenduri di Terengganu.


















Dah selesai majlis, kita pergi Pasar Payang.
Tgk tu orang KL shopping.
Nampak tak yg angkat plastic bag hitam ?
Haa juara shopping untuk hari tuu..haha..
Makang kepok lekor..sedak!

Okei dah, jom balik!
Muhammad.
Melawat masjid terapung kejap.
atok dan haziq!

Orait, tu je nak story. yg penting bukan aku yg kahwin tau! :)

XOXO Leena.