Thursday, June 28, 2012

Steamboat.

Kembali dengan post baru. rasa mcm free sikit ni, boleh la kot nak update lebih.
Selasa haritu ada student SKP belanja makan steamboat. oh sangat lah sedap. kitaorang makan dekat mulut Mentakab. haa korang pergi kat Mentakab tanya penduduk situ mana steamboat paling sedap. mesti dorang tunjuk tempat yg staf tu belanja. eh tapinya kat situ murah gila. boleh makan sampai senak perut dan harga sekepala hanyalah RM13. nak tau lebih-lebih sila pegi situ la ye. saje taknak cakap nama restoran tu.
Dan student tu punya birthday sebelum hari yang dia belanja tu. So bos plan nak sambut sikit la. bagi kek, tiup-tiup lilin bagai. yelah, budak tu cakap tak pernah sambut birthday pun selama dia hidup. sedih. kita bagi rasa sambutan kecil-kecilan aje lah. kira okei la tu. kan kan? singgah SR Temerloh beli brownies walnut 4 ketul pastu letak sugar doll dinasour atas tu. sesuai la dengan dia. eh mcm cute cute gitu. kahkahkah.
Aku pergi dengan bos. memang tak la aku naik kereta yg penuh dengan laki dan aku sorang femfuan. uish! jangan main gila. kalau dengan bos takpe pasal dia bawa orang rumah dia. =)

birthday boy ni. buat muka comel doh. geli!

bos yang pakai spec tu. amboi, seronok betul dia.

Makan punya makan, sedar-sedar dah pukul 11 p.m. entah pukul berapa kitaorang balik tapi sampai kolej pukul 12 a.m.
seronok betul!

p/s: rasa macam nak try makan kat Soul Garden. ihik ihik!

XOXO Leena.

No comments:

Post a Comment