Wednesday, January 23, 2013

Seminggu Lebih Lagi.

Assalamualaikum, hai. Bila entah tarikh last aku update blog. tapi rasanya takde la lama mana kan. so so laaaa..

Kita straight to the point je. Sekarang dah masuk 23 Jan 2013 dah. Lagi beberapa hari aku khidmat sebagai pelajar yang berkhidmat untuk Uitm ni dah takde dah. amboih, ayat nak skema aje kaauu! ehh! tapi tapi tapi tak ke mana pun cuma dah nak berhenti. Surat pun dah buat. Alasan dalam surat tu tak nak kalah pulak. Konon persediaan nak masuk degree. Eceh! ni semua PPPOYOO! bak kata Awie.

So selama 7 bulan berkhidmat, 4 bulan (praktikal) dan 3 bulan (SKP,skim khidmat pelajar) memang seronok sangat-sangat. Dorang sempoi habis. Takde sentap hati mak nak ke apa. Dah berani nak lantangkan suara dah. hewhew. lantang la sangat.
Kadang-kadang keluar tgk wayang together-gether. haa kau ada together-gether? pernah jumpa dalam dictionary? haha.
Lepas tu makan steamboat, lepak-lepak kat kedai mak janda. memang hidup gaya orang lelaki lah. tapi yang paling best dorang ni Alhamdulillah boleh dipercayai. Bukti keluar tu tak de sebab masing-masing bila dah nampak makanan tu, serbu terus. Aku pulak dah tak cover ayu dah. Teruk! Padahal kamera tertinggal. kamera handphone pulak tak berapa nak best. takpe lah, janji kenangan dalam ingatan tu penting. Ewah!
Dorang dah macam abang aku dah. Kat Kuantan ada abang, kat Jengka laaagi ramai abang. Bukan abang sayang hokeyyy! hikhik!

Harap dapat degree nanti kat Jengka jugak lah.  Ada orang kata Jengka ni kampus paling best. kalau kat lain tak rasa sangat campus life dia. Orang kata la, bukan aku. dan aku tak kesah kalau orang nak kata tak berkembang ke apa ke sebab asyik kat Jengka je kan, tapi kalau dah 'sebati dgn jiwa', pedulik kata orang. amboi, 'sebati dengan jiwa' pulak daaah! -..-'

Part yang agak-agak koya sikit bila ada students ingat aku ni lecturer. Perghh! gaya lecturer ke aku ni? tak tahu lah kalau dorang perli ke hape tapi aku syak dia memang betul-betul ingat aku lecturer pasal dia panggil miss. Siap bagi salam lagi kaaauu! ehh Aminnn.. hihi..

Macam ni cerita dia. Masuk cafe nampak 4 orang lelaki. meraka ni pelajar lah. mungkin pelajar degree.  berjalan menuju ke nasi. nak senduk nasi dalam polestrin ni.

Student: Err Assalamualaikum miss.
Aku: Waalaikumussalam. (Sambil angguk tapi tak senyum sangat. berlagak sikit)
Student: Miss ni lecturer ke?
Aku: Kenapa ek? (Muka berlagak lagi, sambil amek lauk)
Student: Macam pernah tgk miss ni. Lecturer kan?
Aku: Hurmmm (Angguk-angguk)

Huahuahua! Cukup poyo tak aku ni?

K dah, buat masa ni itu je lah perkembangan aku.


muka lecturer.  Miss Munah.
haha. pui.


XOXO Leena.

2 comments:

  1. Dapat degree apee ina? Eh, miss ina. -.-

    ReplyDelete
  2. Dapat degree apee ina? Eh, miss ina. -.-

    ReplyDelete