Friday, March 15, 2013

Bye Semenanjung.

Assalamualaikum dan selamat petang. kenapa aku cakap selamat petang? pasal aku tengah menaip dipetang hari. dah nak senja pun. K.
Lama tak menaip cenggini la jadinya. entah apa apa kan?
Okay dah, biar lantak.

Ya, aku tahu aku macam chipsmore. sekali ada sekali takde. tapi takde aku tu kemain lama lagi. yedak? macam biasa, aku busy. busy apa? oh aku busy dengan makan, tidur, chatting, blablabla sehingga tak sempat nak buat entry baru. Ceghita tu ada tapi tak sempat. busy sangat. K tipu.

Tapi kalini aku gagahkan juga untuk buat entry baru memandangkan aku nak pergi ke tempat yang aku tak pernah pergi. tak tahu bila boleh online. broadband takde. Dimana? haaaa. Siapa siapa yang follow aku kat twitter, dorang tahu lah. amboi, dan lagi promo. aku akan pergi Sarawak. Jauh bukan? bagi aku tempat tu sangat sangat jauh walaupun bukan luar Malaysia, cuma luar semenanjung. Perasaan bercampur baur sekarang. Takut, gembira dan pastinya sedih. Gila hape tak sedih pergi jauh jauh cenggitu.
Untuk apa? haaaaa. Untuk bernikah disana. teettttt! okay okay itu tipu! Untuk belajar. Alhamdulillah, Tuhan telah bagi rezeki kat aku kalini. Bersyukur. Bila kesana? esok tengahari, In shaa Allah.

Sekarang tak tahu nak menaip apa. buat masa ni ini sahaja perkembangan aku. tak menarik sangat pun. membazir je baca ni kan? aku tahu. Makanya aku minta maaf pada kalian.

Doakan aku selamat sampai kesana. Takde masalah besar. Dapat rumah sewa yang elok keadaannya. Dapat kolej lagi bagus. Dan segala yang baik baik lah.

ni je yang aku bawa kesana nanti.
takde baldi, takde sabun-sabun, kasut pun beberapa pasang je.
cukup lah kot.

ya ya, tahuuu.
aku makin gemok.
abaikan jejer tu.
ini yg latest. k tu je.

Terima kasih Allah. Terima kasih ayah & mak. Terima kasih saudara mara, kawan-kawan. Terima kasih UiTM :)
Harap segalanya lancar. Amin.

XOXO Leena.

1 comment:

  1. Have fun there babe! and take care! :) Love you xoxo

    ReplyDelete