Saturday, April 20, 2013

Tempat baru. Pengalaman baru. Kawan baru.

Assalamualaikum, hai! sekarang aku ada kat Samarahan and no yeay sebab tengah mid term break dan aku TAK BALIK rumah pun. Ini first time bagi aku sebab dulu asal ada cuti je mesti balik rumah kan. kali ni takde nya der. Bergoleklah kau kat Vista Ilmu, Kota Samarahan ni.

Ini first time hidup benar benar jauh dari family. tapi still dalam Malaysia la kan. cakap serupa pergi Ostrolia je. Chait! tapi serious sedih weh! tiap kali dengar lagu pasal ibu bapa je mesti meleleh ayaq mata ni. Teringat kata ko! poyo kan? mihihi. Nasiblah lepas 2 minggu duduk sini, Along datang jenguk. terbang dari Sabah tu. Terubatlah sikit rindu tu kan.

So layan jelah gambar gambar kat bawah ni. Dah lama tak update rasa macam tak tahu apa nak diceritakan.


kat LCCT. nak ke Kuching. buat buat senyum je tu padahal dalam hati tu, gundah gulana!

motif?
sebenarnya nak tunjuk tempat orang jual bakso tu. first time tgk depan depan.
selalu dalam sinetron je.
okay, kantoi layan sinetron.
oh tu dekat Serikin.

ini muka masa dekat Serikin. sembab. pasal kena awal pagi nak kesana takut sesak.
oh ya, Serikin tu macam pasar panas. ada jual macam macam tapi hati hati.
p/s: sila pergi dengan lelaki yang boleh dipercayai (ayah, abang, pak sedara etc.) dan jalan dengan mereka. kalau boleh jangan berpecah dan jangan jalan sorang sorang.
banyak pesanan ni. hihi. dia buka masa weekends je.
datanglah. sempat lagi promote!

ini upper view Waterfront, Kuching. 
Jalan jalan kat situ sat tapi tak sempat naik cruise pun.
next time lah.


itu hari pergi HEP, jumpa paper ni dan aku cuba baca.
dalam hati, "kejadah hape ni?"
tak paham woi. tak pahaammm!
ni lah bahasa Iban. mungkin.
dengg!

paling selonop bila dapat makan macam macam seafood.
murah kata ko! sekali beli 3 jenis lauk. aleh aleh tak muat freezer nak sumbat benda tu semua.
dasar tamak. haha.
yang dalam kuali tu Ketam masak lemak cili api.
pergh terangkat!

leha, aku dan wani.

kami pelajar OSM. macam nak pergi berzanji je.

dalam kelas.
lelaki kurus tu kawan Sarawak kami.
dia baik. dia single.
nak nombor dia? pm aku. 
haha tetiba.

last but not least. muka pelik dari aku dan mek wani. 
jangan terkejut.

Dan aku teringin sangat belajar bahasa Sarawak. Ingat nanti balik konvo bulan 5 nak cakap dengan kawan kawan Jengka bahasa Sarawak tapi tak fasih lagi. mana tak nya, housemates pun orang semenanjung.

Oh ada satu cerita ni! itu hari aku pergi Maybank nak pergi cash in duit kat peniaga tu. al maklumlah, aku kan suka beli barang online. tapi masa tu atm deposit rosak pulak. pegawai kat situ suruh isi borang dan dia telah cakap, "kitak..........blablabla..."sambil tunjuk kat borang tu. aku buat muka runsing. sebab?? mana aku paham apa dia cakap wehhh! yang aku tahu kitak je. K.I.T.A.K! dan aku tanya balik. "hah? err cakap semenanjung boleh?"  pegawai tu ketawa kecil dan terangkan dalam bahasa Malaysia. aduhh, terasa loser sangat tak tahu bahasa Sarawak. tu yang nak belajar sangat tu.
Okay dah, cenggitu je la ceritanya. 

 bai.

XOXO Leena.

3 comments:

  1. jauhnyer terbang. Last year pernah jugak pergi Sarawak dengan clasmates. Yup Pasar Sarikin tue kena hati2, ramai orang endon jer. Hahahaha.

    ReplyDelete
  2. kan, jauh sangat rasa tapi dah dapat kena pergi jugak lah. oh datang saje saje eh? hahah a'ah ramai orang indon kan. anjing pun berkeliaran ouh. takut.

    ReplyDelete
  3. Salam kunjungan.. tulisan yg bagus =) -SH

    ReplyDelete